Kuraki Mai : Mou Ichido |
Salam semua,
こんばんは。
Terima kasih kerana masih sudi menjenguk blog ini. Pada hari ini saya akan menyambung pelajaran tentang apa yang telah kita pelajari pada entri yang lepas, iaitu bagaimana untuk menyebut frasa 'sekali lagi', kali ini di dalam bahasa jepun pula.
Sekali lagi : もう一度(もう いちど)mou ichido
Mari lihat contoh2 ayat di bawah :
Sekali lagi ingin kutatap wajahmu.
もう一度君の顔を見たい
(mou ichido kimi no kao wo mitai )
Sekali lagi ingin kudengar suaramu.
もう一度君の声を聞きたい
(mou ichido kimi no koe wo kikitai )
Sekali lagi aku ingin mencintaimu...
もう一度君を愛したい。。。
(mou ichido kimi wo aishitai )
Selain daripada di atas, ada satu lagi cara untuk menyebut 'sekali lagi'.
Sekali lagi : もう一回(もう いっかい)mou ikkai
Apa bezanya 度(do) dan 回(kai) ni?
度(do) adalah kata yang membawa makna kekerapan sesuatu perlakuan.
回(kai) pula ialah penjodoh bilangan untuk 'kali' iaitu bilangan sesuatu perlakuan.
Cuma 度 biasanya digunakan untuk satu kali atau dua kali saja. Setahu saya macam tak pernah digunakan untuk bilangan selain daripada itu. Untuk 回 pula memang digunakan untuk semua nombor sebagai penjodoh bilangan. Oleh sebab itu nilai estetiknya kurang dan tak berapa sesuai digunakan untuk ayat2 puisi seperti contoh2 ayat di atas.
Oklah tak payah fikir susah2 buat masa ni ya. Secara ringkasnya, untuk bilangan sekali, boleh gunakan dua2, namun untuk bilangan kedua dan seterusnya, sila gunakan 回 sebagai penjodoh bilangan ok.
Baiklah itu saja untuk malam ini. Semoga jumpa lagi di lain masa.
またね。頑張ってください~
Nash Azly
terima kasih sud ajar sikit2 bahasa jepun.. sejak2 tgk drama. jepun ni, sy jd minat nak belajar bahasa jepun 😍😍😍😍😍
ReplyDelete