Yang sama-sama ingin belajar

Showing posts with label tulisan. Show all posts
Showing posts with label tulisan. Show all posts

Thursday, December 15, 2011

B. Jepun : Mari mengira!

gambar hiasan


Salam semua dan こんにちは!

Pada hari ini kita akan belajar mengira di dalam bahasa Jepun. Kita akan mula dengan nombor 1 sampai 10.
Mari sama-sama lihat rajah di bawah. Klik gambar untuk besarkan ya.

 
Bagi sesiapa yang tahu bahasa cina dan korea, adalah mudah untuk menghafal nombor-nombor di dalam bahasa Jepun kerana keserupaannya. Tulisannya pun sama dengan tulisan cina. Oleh itu anda semua bertuah kerana dapat belajar mengira di dalam 3 bahasa sekaligus pada hari ini! Tepuk tangan sket.. ok terima kasih.

Jika kita perhatikan ada beberapa nombor yang mempunyai dua jenis bacaan iaitu nombor 4 , 7 dan 9.
Kalau nombor 9 tu kita boleh faham lah juga apabila bacaan ‘kyu’ mungkin nak dipendekkan maka jadilah ‘ku’. Tapi bagaimana dengan nombor 4 dan 7 ni?

Secara ringkasnya untuk no 7, bacaan ‘nana’ dan ‘sichi’ boleh bertukar ganti sesuka hati. Suka hatilah nak pakai mana satu.

Tapi untuk no 4 dan 9 ni dia ada situasinyalah. Nak terangkan nanti pening pulak. Takpelah nanti saya terangkan bila sampai masanya. Buat masa ni pakai saja yang mana suka.  
Don’t worry too much okay, bak kata orang putih.

Tentang cara menulis, ingat tak cara menulis Kanji yang saya dah kongsikan satu ketika dahulu? Kalau tak ingat boleh rujuk semula ya. Saya nak terangkan dengan rajah semua, tapi belum beli lagi telefon yang boleh tulis2 tu kan. Kalau ada benda alah tu senang sikit saya nak tunjukkan.

Oklah setakat itu saja buat kali ini. Maaflah banyak membebel daripada mengajar. Saya harap agar ilmu yang dikongsi ini dapat menjadi manfaat kepada semua.

Jumpa lagi next time.

また次にね!

バイバーイ!














Saturday, September 10, 2011

B.Jepun : Mari belajar tulisan Kanji



Salam semua,

Selamat Hari Raya dan maaf zahir batin saya ucapkan kepada semua yang menyambutnya. Maaflah cuti raya panjang pula sehingga tak terupdate pelajaran2 kita.

Baiklah hari ini saya ingin menyentuh tentang pelajaran tulisan Kanji, iaitu sejenis tulisan di dalam B. Jepun. Sebagaimana diketahui semua, kalau belajar bahasa jepun, tapi tak belajar tulisan Kanji, takkan lengkap pembelajaran kita. Boleh kata kepentingan kanji tu merangkumi 70% daripada bahasa jepun (andaian sendiri hahaha).

Oklah mari kita bermula.

Kanji adalah tulisan yang digunakan untuk menggambarkan sesuatu. Ianya lebih kepada gambar daripada huruf walaupun ia berfungsi sebagai huruf. Setiap huruf mewakili satu makna, dan gabungan huruf-huruf dan makna-makna ini yang akan mambentuk perkataan di dalam bahasa Jepun.

Secara amnya beza dengan huruf biasa (rumi, katakana etc) adalah huruf2 biasa tiada makna, hanya mewakili bunyi, manakala kanji mempunyai makna dan tidak mewakili bunyi (bunyinya disebut sebagai cara bacaan)

1. Cara Bacaan
Setiap huruf Kanji ada dua jenis cara bacaan, disebut 'On-yomi' dan 'Kun-yomi'.

Secara asasnya;
On-yomi adalah bacaan apabila sesebuah huruf Kanji itu bergabung dengan huruf lain menjadi sebahagian daripada perkataan lain (perkataan terbitan). Bacaan On-yomi ini berasal dari China.


Kun-yomi pula adalah bacaan apabila sesebuah huruf Kanji itu berdiri sendiri dan membawa makna sendiri. Bacaan ini adalah bacaan Jepun yang asal.

Mari lihat contoh :


On-yomi : じん (Jin )
Kun-yomi :  ひと (Hito)


Kanji di atas membawa makna 'orang'. Kan rupanya macam orang. Ianya serupa dengan tulisan Cina kerana tulisan Kanji memang berasal dari China.

2. Cara Penulisan


Secara amnya, ada cara yang khas untuk menulis Kanji ini. Setiap huruf ada jumlah strok tersendiri. contoh tulisan Kanji di atas (人) ditulis dengan dua strok.

Asas strok di dalam penulisan Kanji adalah atas ke bawah, dan kiri ke kanan. Perkara ini penting untuk membolehkan kita menulis Kanji dengan flow yang lancar dan mudah difahami apabila orang lain membacanya.

Mari lihat contoh lagi :

 = Satu ;
On-yomi : いち (Ichi)
Kun-yomi : ひと (Hito)

Ditulis dengan satu strok dari kiri ke kanan.






 = Sepuluh ;

On-yomi : じゅう (Jyu)
Kun-yomi : とお (to)


Ditulis dengan dua strok;
1) melintang dari kiri ke kanan






2) menegak atas ke bawah







人   = Orang ;


On-yomi : じん (Jin )
Kun-yomi : ひと (Hito)



Ditulis dengan dua strok;
1) dari atas kanan ke bawah kiri (perhatikan asasnya tetap dari atas ke bawah)








2) dari tengah ke bawah kanan.







Kalau kita lihat seperti huruf 人 nampak lain dengan yang saya tuliskan di rajah atas kan. Di sini kita perlu faham yang tulisan dan font untuk percetakan memang ada perbezaan. Itu sebab ianya susah untuk kita pelajari Kanji berdasarkan font kerana bentuknya sedikit berbeza.

3. Gabungan Kanji

Apabila digabungkan, Kanji akan membentuk perkataan terbitan yang membawa maksud yang berbeza namun makna setiap huruf tetap sama.

Contoh :

一人 : seorang (ひとり)
十人 : sepuluh orang (じゅうにん)

Di sini ada perbezaan sedikit pada On-yomi masing-masing. Kalau ikut on-yomi asal maka sepatutnya kedua-dua ini akan dibaca sebagai 'ichi-jin' dan 'ju-jin' namun ianya tidak dibaca begitu. Ini dikira pengecualian dan pengecualian ini ada banyak juga. Dan tiada cara lain selain dihafal saja cara bacaannya yang istimewa itu. Namun begitu janganlah risau, kebanyakan pengecualian adalah pada huruf Kanji yang mudah dan selalu digunakan seperti di atas, maka insyaAllah kita akan cepat menguasainya.

Beginilah serba sedikit asas untuk menulis huruf Kanji bagi mereka yang ingin pelajari cara menulis tulisan ini. Insya-Allah selepas ini saya akan perkenalkan lagi huruf2 Kanji yang lain dari semasa ke semasa.

Jika anda hendak pelajarinya secara online pun, saya pasti ada banyak website yang memperkenalkan huruf2 Kanji untuk dipelajari. Salah satu yang saya jumpa adalah di sini.

Ok setakat ini saja untuk kali ini.
Selamat berlatih!

またね!

Tuesday, October 05, 2010

B.Jepun : Kenapa Guna Tulisan yang Berbeza

Salam semua,

Selamat bertemu lagi. Hari ini adalah sedikit lanjutan daripada entri yang lepas. Saya ingin tambah sedikit tentang penggunaan tulisan di dalam contoh2 ayat yang digunakan. Saya pasti anda perasan di dalam kedua2 contoh ayat yang diberikan, ada 3 jenis tulisan jepun digunakan. Mari kita teliti semula.

Contoh ayat :

私はアブです。

私 : watashi (tulisan kanji)
アブ : Abu (tulisan katakana)
は, です : ha(dibaca wa), desu (tulisan hiragana)

Kenapa campur2 ni? Peninglah kepala.

Sebenarnya campur2 ni membuatkannya lebih mudah difahami. Ini adalah kerana kita tahu apa yang hendak dibaca sekali imbas. Cuba saya tulis seluruhnya dengan Hiragana.

わたしはあぶです。(watashi-wa Abu desu)

Ok mungkin ayat sepotong sebegini masih mudah difahami. Namun cuba bayangkan seperenggan penuh dengan tulisan Hiragana seperti di atas. Kemudian bayangkan semuka penuh. Cukup dua muka mungkin mata akan berpinar.

Kenapa keliru? Sebab utamanya adalah kerana ujudnya perkataan sama yang mempunyai banyak maksud. Contohnya perkataan 'watashi' di atas, selain membawa makna 'saya' ia juga boleh membawa makna 'serah'. Begitu juga dengan 'Abu' yang juga adalah nama sejenis lalat.

Oleh tu untuk membezakannya dan memudahkan pembacaan, maka perkataan2 ini ditulis di dalam Kanji mahupun di dalam Katakana seperti di bawah :

わたし (H'gana): 'watashi' (makna mengikut konteks ayat)
私 (Kanji) : watashi = saya
渡し ( Kanji) : watashi = serah

あぶ (H'gana) : 'abu' (makna mengikut konteks ayat)
アブ (K'kana) : Abu (nama orang)
虻 (Kanji) : abu (nama sejenis lalat)

Sekarang makna perkataan menjadi lebih jelas kerana terdapat tulisan yang spesifik mewakili makna yang spesifik. Cuma kelemahan sistem sebegini adalah pengguna bahasa Jepun perlu menghafal sejumlah karakter2 Kanji beserta cara bacaannya untuk dapat menggunakannya dengan betul. Terus terang saya juga masih tidak mahir di dalam menulis Kanji. Lagilah dengan ada teknologi menaip, memang mudah lupa kalau tak ditulis selalu. Membaca masih ok lagi, itupun ada juga karakter yang saya faham maknanya tapi tak reti nak baca.

Buat masa ini saya tidak akan berkongsi pelajaran menulis Kanji kerana ianya sukar diajar secara online begini. Mungkin anda boleh cari video2 tutorial di dalam youtube jika ingin belajar lanjut tentang cara2 menulis Kanji dengan strok2 yang betul. Namun saya tetap akan menggunakan Kanji di dalam contoh2 ayat dengan memberi cara bacaannya sekali. Lama2 kelamaan insyaAllah dapat juga kita hafal serba sedikit karakter2 yang selalu digunakan walaupun di dalam tulisan Kanji.

Baiklah, itu sahaja dari saya untuk hari ini. Jika ada apa2 kemusykilan bolehlah kemukakan di ruangan komen ya. Terima kasih!

Mata ne!



Tuesday, September 07, 2010

Bahasa Korea : Huruf Konsonan Berganda


Salam semua,

Apa khabar semua? Bagaimana dengan persiapan hari raya masing2? Tinggal beberapa hari saja lagi ni kan, di harap semua tetap berhemah di dalam persediaan menyambut hari raya kelak.

Baiklah, entri pada hari ini adalah untuk sambungan kepada pelajaran bahasa Korea yang telah kita tingggalkan sejak beberapa minggu yang lepas. Harap2nya semua masih ingat lagi apa yang kita telah pelajari setakat ini kan.

Kali ini saya nak berkongsi tentang huruf2 Hangul yang saya tidak perkenalkan sebelum ini.

Baiklah, seperti yang kita tahu, huruf di dalam bahasa Korea ada 24 bilangan huruf yang asas. Namun begitu, selain 24 huruf asas tersebut, ada huruf2 derivatif daripada huruf2 yang asas ini. Huruf ini dipanggil Konsonan Berganda.


Seperti namanya, ia sebenarnya hanyalah gandaan bagi beberapa konsonan terpilih.

Yang penting di sini adalah cara membunyikannya. Bunyinya berbeza bergantung pada kedudukannya samada di permulaan sukukata, atau pun di akhir sukukata.

Mari lihat contoh2 di bawah :

1. Permulaan sukukata

까 = kka
따 = tta
빠 = ppa
짜 = jja
싸 = ssa

Di sini cara hendak membunyikannya adalah dengan menahan seketika huruf konsonan itu di tekak sebelum melepaskan bunyi sukukata tersebut.

Mari kita lihat beza antara 3 jenis huruf Hangul yang lebih kurang sama :

1. 가 (ka/ga) - bunyi di antara 'ka' dan 'ga' , 'k' tak perlu ditekankan, mulut tak perlu buka luas.
2. 카(ka) - bunyi 'k' yang jelas, sedikit tekan sewaktu menmbunyikan 'k', mulut buka sederhana.
3. 까 (kka) - bunyi 'k' yang jelas, tahan 'k' di tekak seketika dan lepaskan 'k' dengan cepat. :D

Begitulah lebih kurang kalau kita nak gambarkan perbezaan sebutan huruf2 ini. Dan ini juga sama konsepnya dengan konsonan2 lain yang berkaitan, tidak perlulah saya jelaskan satu persatu ya.

2. Akhir sukukata

Kalau double konsonan ini berada di akhir sukukata, ianya dibunyikan hanya jika sukukata seterusnya bermula dengan konsonan senyap 'o'.

Saya beri satu contoh untuk kita lihat ya. Kita selalu gunakan perkataan ini seharian.

1. 있다 (itta) = ada (kata kerja di dalam bentuk kamus)

2. 있어요 (iss-eo-yo) = ada ( di dalam bentuk present tense)

Di sini kita lihat yang bunyi 'iss' pada sukukata pertama no 1 adalah tertahan dan disambung mengikut bunyi sukukata kedua 'ta' menjadikannya 'itta'.

Di dalam contoh kedua pula, sukukata pertama 'iss' disebut kerana sukukata kedua bermula dengan konsonan senyap 'o', jadi bunyi 'ss' itu dapat didengari.

Begitulah adanya perihal double konsonan ini. Saya harap penerangan yang ringkas ini dapat membantu pemahaman kita semua. Jika ingin lebih jelas, silalah google double consonant hangul dan akan ada banyak site2 yang membincangkannya dengan lebih lanjut (di dalam bahasa inggeris).

Oklah, sampai di sini saja kali ini. Jika tidak berkesempatan bertemu lagi, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir dan Batin jika ada salah dan silap. Berhati-hati di jalan raya ya.

Wassalam.


Tuesday, August 31, 2010

Asas Bahasa Jepun : Tulisan Katakana


Salam semua,

Apa khabar? Bagaimana dengan tulisan Hiragana yang kita pelajari minggu lepas? Sudah hafal kesemuanya? Jika belum, sila hafalkan ya untuk kemudahan di masa hadapan. Bak kata pepatah, bersusah2 dahulu, bersenang2 kemudian. Biar susah menghafal asasnya dahulu, untuk kelak lebih mudah kita pelajari peringkat2 seterusnya.

Jika sudah hafal Hiragana, bagus dan syabas saya ucapkan. Komitmen anda memang saya hargai. Dan kini kita boleh teruskan dengan tulisan seterusnya iaitu Katakana.

Janganlah risau ya, Katakana ini sama sahaja jumlah hurufnya dan gaya sebutannya dengan Hiragana. Cuma tulisan saja yang berbeza. Jadi yang perlu kita lakukan adalah untuk menghafal dan berlatih menulis tulisannya. Mari kita lihat senarai di bawah.


Imej dari sini

Katakana tulisannya lebih 'tajam' dan 'keras' berbanding Hiragana. Namun sama seperti Hiragana, Katakana juga ada derivatif2nya juga seperti di bawah.


Imej dari sini pula

Dan syarat2 sebutan yang berbeza juga sama dengan Hiragana. Seterusnya, mari lihat gabungan sukukata asas 'yayuyo'.


Bunyinya sama seperti urutan hiragana ya, jika tidak jelas boleh rujuk pada entri Hiragana yang lepas.

Mengikut pengalaman saya, tulisan Katakana ini sedikit susah untuk dihafal kerana kekeliruan yang pasti ujud di antara kedua2 tulisan Hiragana dan Katakana. Nasihat saya, sila hafal Hiragana terlebih dahulu, kemudian baru Katakana. Saya sendiri mengambil masa yang lama untuk mengingati kesemua huruf Katakana ini. Penggunaannya juga agak terhad untuk permulaan ini, jadi janganlah risau ya. Take your time.

Baiklah, itu saja pelajaran untuk hari ini. Jika ada apa2 soalan janganlah segan2 untuk bertanya ya. Chewah. Bunyi macam cikgu sekolah la pulak.

Ok, di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 53. Sedikit peringatan daripada saya, walau betapa minatnya kita sekalipun dengan bahasa, cara hidup atau budaya Jepun mahupun Korea, saya harap moga2 kita semua tidak sekali2 leka hingga terlupa akan jati diri kita sebagai anak bangsa Malaysia dengan Bahasa Melayu sebagai lidah ibunda kita. Kuasailah berpuluh bahasa sekalipun, jika Bahasa Melayu sendiri kita abaikan, lama kelamaan kita akan hilang identiti dan jati diri kita. Kita akan menjadi seperti bahtera yang tiada bendera. Berlabuh di sini salah si sana pun salah, akhirnya hanyut dan hilang begitu saja di lautan. Ingatlah, bahasa mencerminkan jiwa bangsa kita.

Salam Kemerdekaan untuk semua rakyat Malaysia!

Monday, August 23, 2010

Asas Bahasa Jepun : Tulisan Hiragana


Salam semua,

Hari ini kita teruskan dengan pembelajaran tulisan bahasa Jepun yang utama iaitu tulisan Hiragana. Di bawah ini adalah senarai huruf2 yang terdapat di dalam tulisan Hiragana ini.

Setiap huruf mewaikili satu sukukata dan jumlah kesemuanya adalah 46 huruf dan perlu dihafal semuanya jika ingin menguasai bahasa Jepun. Nampak seperti susah, tapi sebenarnya taklah sesusah mana pun, kerana bunyi setiap sukukata adalah mudah dan tidak ada bunyi2 yang lidah melayu/malaysia kita tidak biasa sebut seperti di dalam Bahasa Korea.

Kalau ada yang sedikit istimewa pun hanyalah pada bunyi huruf2 di bawah.

1. を - dibunyikan sebagai 'wo' atau 'o' (bunyi yang sama dengan お )

2. ち - dibunyikan sebagai 'chi' dan bukan 'ti' walaupun berada di dalam baris sukukata 'T'

3. つ - dibunyikan sebagai 'tsu' (perlu dibezakan dengan す yang berbunyi 'su')

4. ん - dibunyikan 'n' atau didengari sebagai 'ng' jika letaknya di hujung perkataan.

Selain 46 huruf asas di atas, ada beberapa set huruf2 ini yang boleh diletakkan tanda dua calit di bahagian atas kanan untuk membentuk bunyi sukukata yang baru. Sila rujuk jadual di bawah agar lebih jelas.


Di sini ada beberapa huruf yang bunyinya sedikit berbeza.

1. じ - dibunyikan sebagai 'ji' walaupun berada di dalam baris 'z'

2. ぢ - dibunyikan sebagai 'ji' sama seperti じ tapi sangat jarang digunakan jadi tak perlu risau.

3. づ - dibunyikan sebagai 'tzu' dan boleh keliru dengan ず (zu).


Selain ini juga, sedikit kombinasi di antara huruf tertentu dengan huruf2 や(ya), ゆ(yu), dan よ(yo) [yang ditulis lebih kecil di tepinya] akan membentuk sukukata lain seperti di bawah ini.



Hanya sedikit saja perkara yang perlu diberi perhatian di sini;

1. Sebutan baris しゃ adalah berbunyi 'sha' dan bukan 'sia'.
2. Sebutan baris じゃ adalah berbunyi 'ja' dan bukan 'jia'.

Pada pendapat saya ianya tidaklah susah untuk kita mengingati kesemua huruf Hiragana ini. Apa yang perlu kita lakukan adalah menyediakan beberapa keping kertas dan tulis semua huruf2 ini di atas kertas tersebut satu persatu sehingga kita hafal kesemuanya.

Tentang cara menulisnya, kita boleh rujuk video Youtube di bawah ini atau cari video2 lain yang berkaitan (ada banyak di youtube) :


Yang penting di sini adalah untuk mengikut stroke yang betul apabila menulis huruf2 ini. Bila dah biasa dengan stroke itu kelak kita boleh menulis dengan laju namun masih boleh difahami walaupun tulisan kita serabut :p

Baiklah, agak panjang pula perkongsian saya kali ini. Sila berlatih dahulu tulisan Hiragana ini sehingga lancar sebelum kita mulakan dengan pembelajaran lain kerana kita tidak akan menggunakan tulisan rumi untuk pembelajaran2 selepas ini (hehe kasi ugut sikit baru gerak..). Ala, gurau saja. Awal2 ni saya bubuhla rumi di mana yang perlu ok.

Oh ya, lepas ini ada tulisan Katakana pulak. Belum masuk Kanji lagi ni.. Agak2 semangat masih ada tak ni? Janganlah patah semangat ya. InsyaAllah kalau ada kemahuan, kita akan boleh kuasai apa sahaja ilmu yang kita mahu.

Ok, sampai di sini saja dahulu. Jumpa lagi di lain kali. Selamat berlatih! Mata ne! (Jumpa lagi!)

Wassalam.

Sunday, August 22, 2010

Asas Bahasa Jepun : Tulisan

Salam semua,

Apa khabar? Saya harap semuanya sihat di dalam bulan Ramadhan ini dan terus sehingga ke bulan Syawal kelak. Baiklah hari ini saya akan mulakan pelajaran Bahasa Jepun di blog ini sebagai selingan kepada pelajaran Bahasa Korea kita.

Sebagaimana yang ramai sudah pun maklum, Bahasa Jepun mempunyai tulisannya yang tersendiri. Hari ini kita akan sentuh tentang tulisan ini yang menjadi asas kepada sesebuah bahasa. Amalkan belajar bahasa beserta dengan tulisannya ya, kerana bahasa yang mempunyai tulisan sendiri ini tidak akan dapat ditulis secara tepat dengan tulisan rumi yang kita gunakan seharian.

Baiklah, Bahasa Jepun secara amnya ditulis di dalam 3 jenis tulisan.

1. Hiragana
2. Katakana
3. Kanji

Jangan tanya kenapa ada 3 jenis ya. Nasib baik 3 sahaja, dan bukan 5 atau 10. Namun begitu,
setiap tulisan ada fungsi masing2 seperti di bawah.

1. Hiragana - tulisan asas Bahasa Jepun
2. Katakana - digunakan untuk menulis perkataan atau frasa2 pinjaman yang bukan berasal daripada bahasa Jepun turun temurun, contohnya perkataan pinjaman dari Bahasa Inggeris.
3. Kanji - diambil/adaptasi daripada tulisan China untuk mewakili makna suku kata dan perkataan2 , seterusnya memudahkan pembacaan.

Kita teruskan dengan contoh tulisan :

Hiragana  :  ひらがな (hi-ra-ga-na)

Katakana  :  カタカナ (ka-ta-ka-na)

Kanji :  漢字 (kan-ji)

Secara teknikalnya, kita boleh tulis perkataan 'kan-ji' di atas dengan ketiga2 jenis tulisan.

1.  かんじ (di dalam hiragana)
2.  カンジ (di dalam katakana)
3.  漢字 (di dalam kanji)

Ketiga2 di atas dibaca sebagai 'kan-ji' juga. Jadi mengapa tidak digunakan satu jenis saja? Ini adalah kerana walaupun ianya boleh ditulis, tak bermaksud ia akan membawa makna yang sama atau tepat apabila dibaca. Ini adalah kerana perkataan 'kanji' di dalam bahasa Jepun membawa beberapa maksud yang berbeza. Di sinilah perbezaan tulisan itu penting untuk membezakan maksudnya. Oleh sebab itu, tulisan kanji digunapakai kerana tulisan kanji boleh menerangkan makna perkataan dengan tepat.

Seterusnya, kalau diperhatikan dengan teliti, kita boleh bezakan ciri2 setiap jenis tulisan. Hiragana mempunyai ciri2 lengkung2 dan garis, Katakana lebih bercirikan tajam dan keras berbucu2, manakala Kanji pula kelihatan semak dan berserabut dengan stroke tulisan yang banyak.

Di dalam bahasa Jepun, ketiga2 tulisan ini digunakan serentak bercampur2 mengikut kesesuaian fungsi tulisan terhadap apa yang ingin disampaikan. Dengan adanya perbezaan pada ciri2 tulisan ini, ianya akan membantu kita membaca Bahasa Jepun dengan lebih mudah.

Ok, sebelum entri ni jadi thesis bahasa, saya rasa cukuplah dahulu setakat ini sebagai pengenalan. ita akan mempelajari tulisan2 ini di dalam entri yang seterusnya. Sekian dulu buat kali ini ya.

Wassalam.


Wednesday, June 16, 2010

Huruf Hangul

Salam semua,

Berikut adalah tulisan Hangul yang saya telah pelajari. Bunyi bagi sesetengah konsonan dan vowelnya sedikit berbeza dan kita perlu fahami cara membunyikannya dan juga membezakan apabila mendengarnya agar pelajaran kita lebih mudah kelak.


Imej dari sini.

Rasa-rasanya kalau tengok jadual kat atas ni pun dah faham lebih kurang bagaimana nak sebut kan. Tapi saya akan cuba jelaskan yang tertentu saja yang saya rasa sedikit mengelirukan mengikut sebutan lidah kita ni.

Konsonan

1. : Bunyi G atau K. Kedua2 bunyi ini hampir2 tidak dapat dibezakan oleh orang Korea. Untuk lidah kita, lebih selamat kita pakai G untuk membezakannya dengan ㅋ yang membawa bunyi K.

2. : Bunyi D atau T. Lidah kita sila pakai D untuk bezakan dengan ㅌ yang berbunyi T.

3. : Bunyi R atau L. Sama macam lidah jepun, mereka tak boleh bezakan yang dua ni. Untuk lidah kita, bebas pakai keduanya, sebab tak ada huruf lain yang bunyi dekat2 dengan ini.

4. : Bunyi B atau P, untuk permulaan boleh pakai B sebab P ada huruf lain juga iaitu ㅍ .

5. : Tiada bunyi kalau di hadapan suku kata. Kalau di belakang, bunyinya ~ng. Yang ni tak payah terangkan, sebab kita pun pakai ~ng juga di dalam BM. Samalah.


Okay, jadi apakah bezanya (G,K) dengan (K), dengan pasangan yang lain2 yang serupa macam ni?

Saya pun tak pasti sangat sebab baru belajar, tapi nanti kita akan dapat tangkap bezanya setelah kita belajar untuk membentuk suku2kata daripada huruf2 ini.


Vowel

1. ㅏ : Dibunyikan sebagai A seperti di dalam bunyi 'kapal'.

2. ㅓ : Dibunyikan dengan O seperti kita sebut 'roBOT'. Yang '~bot' tu je, sebab lidah kita boleh sebut 'ro~' tu dengan dua jenis bunyi.

3. ㅗ : Dibunyikan dengan O yang memuncung, seperti masa kita sebut 'Bot' yang atas air tu.

4. ㅜ : Dibunyikan dengan U seperti kita sebut 'kutu'.

5. ㅡ : Dibunyikan dengan E seperti menyebut 'tegak' atau 'lega'.

6. ㅣ : Dibunyikan dengan I seperti menyebut 'lidi'.

Yang lain2 yang ada dua palang kat tengah2 tu secara asasnya ditambahkan 'Y' saja di dalam sebutannya menjadi (Ya), (Yo/yaw* ), (Yo/yo!*), (Yu)

* dibunyikan di dalam bahasa Inggeris untuk kemudahan.


Oklah setakat ini sahaja untuk kali ini. Kalau boleh hafal dan berlatih menulis huruf2 hangul ni lebih baik lagi. Walaupun nampak remeh dan leceh, namun pada saya, tulisan adalah asas yang sangat penting kepada pembelajaran bahasa.

Selamat berlatih!