Yang sama-sama ingin belajar

Thursday, March 28, 2013

B.Korea : Huruf Vowel Berganda




Why?


Salam semua, 
안녕하세요!
 
Hari ini kita kembali ke asas yang sedikit susah. Di dalam pelajaran ini saya akan memperkenalkan anda dengan huruf2 vowel berganda. 

Kita mulakan dengan huruf vowel biasa dahulu. Ada 10 huruf vowel di dalam bahasa korea.

(a)(ya)(eo)(yeo)(o)(yo)(u)(yu)(eu)(e)

Kalau rajin boleh rujuk pelajaran terdahulu di sini.

Daripada 10 huruf vowel ini, telah diwujudkan gabungan di antaranya sehingga membentuk 11 lagi huruf vowel yang lain, yang juga dikenali sebagai huruf vowel berganda.

Berikut adalah senarai 11 vowel berganda tersebut.

(ae)(yae)(e)(ye)(wa)(wae)(oe)(wo)(weh)(wui)(ui)

Mari lihat satu persatu, dan daripada mana datangnya gabungan ini.

(ae)  = (a) +(e)       *(e)  bunyinya ‘i’ macam dalam (pi)sang, saya tulis ‘e’ untuk kemudahan
(yae)  = (ya) +(e)
(e)  = (oe)+(e)
(ye)  = (yoe)+(e)
(wa)  = (o)+(a)
(wae)  = (o)+(ae)
(oe)  = (o)+(e)
(wo)  = (u)+(o)
(weh)  = (u)+(e)
(wui)  =   (u)+ (e)
(ui)  = (eu)+ (e)

Di sini ada beberapa persoalan yang mungkin timbul.

1. Kenapa 11 saja, kenapa tak ada yang lain macam (yu)+(u) ke?

Saya pun tak tahu nak jawab kenapa. Tapi baik ada 11 saja daripada ada 147 gabungan kan? Jenuh nak ingat.  ( Sebenarnya ㅠㅜ tu ada, ianya simbol menangis pakai masa chatting)

2. Apa pentingnya kita tau vowel apa campur apa jadi apa?

Sebab bila nak taip sesetengah vowel berganda kena taip vowel a lepas tu vowel b baru dia jadi vowel berganda. Contohnya , ,,. Tak semua ada kat keyboard tu. Tapi kalau nak tulis tangan je hafal vowel berganda terus pun takpe.  

3. Apsal bila campur bunyi dia jadi lain?

Bunyi dia sebenarnya campur jugak, tapi ikut lidah la kan, bunyi gabungan kan susah, lama2 sebut automatik lidah tu memudahkan yang susah, maka ia jadilah lain sedikit.  Contohnya disebut ‘o-a’, lama2 jadi ‘owa’, lepas tu jadilah ‘wa’.

 4. Apa beza bunyi (ae) dengan (e)?

Yang ni memang susah sikit, tapi ada beza. (ae)  bunyi macam kalau kita sebut ‘KL’ bahagian huruf ‘K’ dan (e) bunyinya macam kalau kita sebut ‘KL’ bahagian huruf ‘L’. Kay Elle yaw.. dapat tak? Kalau dalam BM yang e taling tu la. Dalam BM pun susah kan. Mana satu betul Sentul ke Séntul?

Oh saya pasti ada banyak lagi soalan2 lain tentang vowel berganda ni. Tapi tak larat nak tulis dah. Terus terang saya pun masih terkial-kial bab ini. Nak taip pun memanjang je tak pasti macam mana ejaan sebenar. Salah tu memang selalu, tapi tak kisahlah kan. Nanti lama2 dah hafal nanti betul lah dia.

Oleh itu, marilah kita menyahut seruan untuk terus berlatih dan berlatih.  Dengan gigih dan jangan berputus asa. Alah bisa tegal biasa. Kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Fuh keluar dah madah segala..

Oklah sebelum saya melalut lebih lanjut, saya tamatkan perkongsian hari ini di sini, kalau ada salah dan silap tolong maafkan. Kalau ada soalan silalah tanya, kalau ada jawapan sila2kanlah berkongsi. Yang tak pandai itu saya, dan yang pandai itu pakcik Google. Ok cukup nak ending pun masih melalut.

Baiklah, kita jumpa lagi di pelajaran yang seterusnya! 다음에 보자~!

Annyeong!안녕~!!


Nash Azly

2 comments:

  1. Replies
    1. aahlah, susah nak sebut.. nak kena bubuh contoh kot baru lebih jelas..

      Delete