Yang sama-sama ingin belajar

Monday, August 13, 2012

B.Korea : Sakit perut!



Salam semua,

Pada hari ini kita kembali kepada pelajaran bahasa Korea. Dah sebulan lebih juga takde kelas ya, harap-harap masih ingat lagi bahasa Korea ni. Terima kasih pada yang masih sudi mengikuti blog ini walaupun selow saja updatenya.

Baiklah pada hari ini kita akan belajar tentang satu perkataan iaitu 'sakit'. Di dalam bahasa korea, 'sakit' merupakan satu kata sifat. Yang bagusnya, dari segi tatabahasa, kata sifat dengan kata kerja lebih kurang saja. Untuk lebih jelas lagi, macam biasa, mari lihat dialog di bawah.

B.Melayu

Kay : Kenapa ni Jo?
Jo : Aku sakit perutlah.
Kay : Yeke? Kau dah makan ubat?
Jo: Belum.
Kay : Kenapa tak makan? Ada ubat tak?
Jo : Sebenarnya aku nak pergi toilet lah.
Kay : Kau ni..!!


B.Korea

께이 : 왜그래요 ? (oue gurae-yo?)
조 : 배가 아파요. (bae ga a-ppa-yo)
께이 : 정말요? 약을 마셨어요? (jeong-mal-yo? yak-eul masho-sso-yo?)
조 : 아직이에요. (a-jik-ieyo)
께이 : 왜 아직 마시지 않아요? 약을 가지고 있어요? (oue ajik mashiji anh-a-yo? yak-eul ka-ji-go issoyo?)
조 : 사실은 저는 화장실 가고 싶어요. (sashir-eun jeo-neun hoa-jang-shil kago shi-ppo-yo)
께이 : 너...!! (noe..!!)


Okey dialog panjang-panjang tapi sekali je pakai perkataan 'sakit'. Haish taktau la membantu ke tak. Harap2 membantulah ya. Baiklah secara mudahnya mari kita lihat semula ayat contoh di dalam dialog di atas.

배가아파요(bae-ga a-ppa-yo) : sakit perut.

Oleh kerana 'sakit' adalah kata sifat, maka struktur ayat yang digunakan ialah seperti di bawah :

                   Objek + partikel 이/가(i /ga) + Kata sifat아프다 (a-ppeu-da)

Berikut adalah contoh-contoh penggunaan 'sakit' yang lain :

머리가 아프다 (mo-ri ga a-ppeu-da) : sakit kepala
마음이 아프다 (ma-eum i a-ppeu-da ): sakit hati
손이 아프다 (son i a-ppeu-da): sakit tangan
눈이 아프다 (nun i a-ppeu-da ): sakit mata

Namun begitu bila digunakan di dalam ayat ianya akan disebut a-ppa-yo (bentuk sopan).

Okey setakat itu saja untuk hari ini. Jikalau ada apa-apa kemusykilan bolehlah kita perbincangkan.

Di sini saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menyambut hari raya aidilfitri yang akan tiba tidak kurang seminggu saja lagi. Sebelum itu sama-samalah kita menikmati hari-hari terakhir Ramadhan untuk tahun ini, semoga ibadah kita terus diberkati, insyaAllah.

Kepada yang memandu pulang ke kampung, berhati-hati di jalanraya!
Jumpa lagi! 안녕히가세요!!


Nash Azly



Saturday, July 07, 2012

B.Jepun : Sekarang?

Foto hiasan


As-salam dan selamat sejahtera semua,

Bertemu kita sekali lagi di dalam pelajaran bahasa jepun di blog ini. Adakah anda rasa rate pelajaran di sini selow sangat? Setakat ini saya cuba post seminggu sekali. Maksudnya setiap bahasa dua minggu sekali. Sebenarnya saya pun rasa selow, tapi memang buat masa ini saya mampu sebegini saja. Kalau anda juga rasa selow, mungkin saya boleh fikirkan cara lain untuk tambah pelajaran kita ya.

Hari ini kita akan belajar tentang satu perkataan mudah di dalam bahasa jepun. Minggu lalu kita dah belajar perkataan ini di dalam bahasa korea, kalau tak ingat boleh rujuk sini.Minggu ini kita lihat perkataan yang sama di dalam bahasa jepun pula ok.

Sekarang  =  今(いま) ima

Mari lihat dialog di bawah.

Raja : Beta nak Donchan buatkan beta sebuah mangkuk.
Donchan : Baiklah tuanku. Bila tuanku ingin saya siapkannya?
Raja : Sekaranglah!
Donchan : Eh, sekarang ke?
Raja : Yalah, sekarang. Boleh tak?
Donchan : Sudah tentu!
Raja : Bagus. Beta tahu Donchan pasti boleh.

B.Jepun

王様: ドンちゃんにお椀を作ってもらう。(Donchan ni o-wan wo tsukutte morau)
ドンちゃん: かしこまりました。完成はいつごろでよろしいでしょうか。(kashikomarimashita. kansei wa itsu goro de yoroshii deshouka)
王様: 今がよい。(ima ga yoi)
ドンちゃん: え、今ですか?(e, imadesuka?)
王様: そのとおり、今だ。できるのか?(sonotoori, ima da. dekirunoka?)
ドンちゃん: もちろんです。(mochiron desu)
王様: よかろう。ドンちゃんならできると。 (yokarou. Donchan nara dekiruto)

Begitulah perbualan yang berlangsung di antara Raja Pulau Timur dan Donchan, budak kecil pembuat tembikar. Kedua-duanya watak daripada novel kanak-kanak saya, Donchan. Dialog di atas ni bahasa jepunnya lain sedikit ya. Donchan pakai bahasa jepun biasa manakala Raja pakai bahasa lama.

Baiklah selain daripada penggunaan mudah di atas, perkataan 'ima' iaitu sekarang juga digunakan secara kombinasi  dengan kanji-kanji lain. Apabila dikombinasikan dan biasanya diletakkan di hadapan, cara bacanya bertukar menjadi 'kon'.

Mari kita lihat contoh :

今夜 (こんや)kon-ya = malam ini
今月 (こんげつ)kon-getsu = bulan ini
今後 (こんご)kon-go = selepas ini

Satu saja perkataan di mana sebutannya jadi lain iaitu untuk perkataan 'hari ini'. Yang ini kira spesial lah.

今日 (きょう)kyou = hari ini

Ok itu saja untuk kali ini ya. Jika ada apa-apa pertanyaan bolehlah ajukan di ruangan komen ataupun di ruang chatbox sebelah ni. Kalau segan nak komen, boleh juga tolong sharekan post hari ini ke FB atau Twitter masing2 dengan menekan button2 share di bawah post ini ya. Saya amat hargainya.

Oh ya, kalau nak cari saya di FB dan Twitter pun buleh.

FB : http://www.facebook.com/nash.azly
Twitter : @NashAzly

Terima kasih saya ucapkan. Jumpa lagi di lain kali.

ありがとうございます!
またね!

Nash Azly

Tuesday, June 26, 2012

B.Korea : Sekarang!

 Foto hiasan

As-salam dan selamat sejahtera,

Moga semuanya sihat menghadapi cabaran hidup hari ke hari. Jangan disesali perkara yang telah lepas dan jangan pula leka dibuai angan-angan yang belum tentu tiba. Nikmatilah masa sekarang, kerana setiap saat yang berlalu tidak akan kembali.

Dengan mukadimah tersebut, saya ingin berkongsi tentang satu perkataan yang mudah dan selalu digunakan di dalam bahasa korea, jepun mahupun apa-apa saja bahasa lain. Perkataan tersebut ialah 'sekarang'. Di dalam bahasa melayu ianya bolehlah ditafsir dengan makna 'pada saat ini' atau 'pada ketika ini'.

Mari kita lihat pula di dalam bahasa korea.

Sekarang  =  지금 (ji-geum)

Mari lihat contoh-contoh penggunaannya pula di dalam ayat.

B.Melayu

Takeshi : Hiro, sekarang kau sibuk tak?.
Hiro : Tak, kenapa?
Takeshi : Jom kuar jap.
Hiro : Bila?
Takeshi : Sekarang la, sekarang!
Hiro : Er..baiklah!

B.Korea

따깨시: 히로, 지금 바빠?  (Hiro, ji-geum pa-ppa?)

히로 : 아니오, 왜요? (anio, owe-yo?)

따깨시:좀 밖에 나가자. (jom pakk-e nakaja)

히로: 언제요? (on-jae yo?)

따깨시: 지금이야, 지금! (ji-geum iya, ji-geum!)

히로: 아,알겠습니다! (a, al-ge-sseum-nida!)


Okey begitulah lebih kurang. Harap-harapnya dialog kat atas ni taklah susah sangat untuk difahami.

Tentang perkataan 'sekarang' ni, kalau kita tengok di dalam bahasa lain ianya satu atau dua suku kata saja. Di dalam bahasa inggeris satu sukukata saja iaitu 'now'. Pada saya ianya bersesuaian dengan makna perkataan tersebut iaitu 'pada saat ini'.

Namun begitu kalau kita lihat b.melayu kita, ianya digambarkan dengan tiga sukukata (se-ka-rang). Bukanlah saya nak kutuk bahasa ibunda sendiri, cuma pada saya tiga sukukata adalah terlalu panjang untuk perkataan yang mempunyai maksud yang 'pinpoint' sebegini. Bayangkan bila kita habis sebut 'sekarang' saja, tika dan saat yang kita maksudkan tu dah pun berlalu. Itu sebab timbulnya singkatan untuk perkataan ini di dalam kamus anak muda iaitu 'skunk'. Yang ini saya tak bersetuju dengan caranya lah, tapi saya faham kenapa terjadi sebegini. Walaubagaimanapun, ini hanyalah pendapat saya saja. Mungkin ada sebab yang saya tak tahu tentang asal usul perkataan 'sekarang' itu kan.

Akhir kata, masa kini lebih cepat berlalu pergi, samada kita setuju atau tidak, samada kita sedar atau tidak. Oleh itu, janganlah bertangguh di dalam apa jua yang kita ingin lakukan. Kejarlah impian kita bermula dari sekarang!

Jumpa lagi sekarang! Er.. taklah, minggu depan pulak ya :p

안녕!

Nash Azly