Yang sama-sama ingin belajar

Wednesday, January 23, 2013

B.Korea : Lagi sekali!

Miss A


Salam semua,

Yorobun annyeong haseyo,

Pada asalnya saya nak updet last week, tapi biasalah, tangguh tangguh hari ni baru dapat updet.

Ok saya nak tanya siapa minggu lepas pergi Golden Disc Award kat Sepang angkat tangan!

Best kan? Siapa yang dapat tengok artis pujaan hati memanglah best. Pada saya ok jelah... (sebenarnya geram sebab masuk lambat dan terlepas show Miss A! Argh!)

Anyway kepada yang tak pergi, tak apa lain kali boleh pergi. Simpanlah duit dari sekarang ya. Tiket mahal tu.. (saya amik yg murah je).

Saya pergi malam kedua, dan MCnya si Hongki (FTI), dan saya yang baru belajar bahasa korea ni memanglah tak faham apa yang dia kata. Ha, baru tahu level sendiri kat mana sebenarnya. Ok mari insaf dan belajar dengan lebih tekun lagi.

Walaubagaimanapun, malam tu saya tertarik dengan satu frasa ni yang selalu disebut oleh Hongki dan juga co-hostnya yang saya tak kenal (dan malas nak google, tau dia ahli kumpulan Sistar je).

Frasa tersebut ialah 'dashi hanbeon' yang bermaksud 'sekali lagi', atau 'lagi sekali' ikut sedap masing-masinglah. 

다시 한번 (dashi hanbeon)

Di sini 다시(dashi) bermaksud 'lagi' dan 한번 (hanbeon) bermaksud 'sekali'.

Mari lihat antara contoh-contoh penggunaannya.

1. Sila ulang (cakap) lagi sekali.

 다시 한번 말해 주세요.
(dashi hanbeon marhae juseyo)

2. Sekali lagi, sila beri tepukan gemuruh!

다시 한번 박수쳐 주세요!
 (dashi hanbeon bag su chyeo juseyo!)

Lebih kurang begitulah ya. Penggunaannya biasa di hadapan ayat, atau di hadapan perkara yang nak diulang tu. Lepas-lepas ni kalau tengok rancangan yang ada host2 ni kemungkinan akan dengar frasa ni adalah tinggi, so bila tengok tv tu jangan tengok kosong ya, kembang-kembangkan telinga dan dengar-dengarlah juga ya.

Oklah setakat itu saja untuk hari ini. Selain frasa ni, ada perasan frasa-frasa lain yang selalu disebut tak pada malam tu? Kalau ada bolehlah kongsikan di bahagian komen di bawah ya.

Jumpa lagi di lain masa! Mungkin di event K-Pop yang seterusnya? Heheh.. kita tunggu dan lihat.

Annyeong!!


Nash Azly


Tuesday, January 01, 2013

B.Jepun : Hari ini cerah!

Selamat Tahun Baru!


Salam semua,

Selamat Tahun Baru 2013!

明けましておめでとうございます!
Akemashite omedetou gozaimasu!
 
Saya membuka lembaran tahun baru kali ini dengan entri susulan daripada entri b.korea yang lepas iaitu tentang cuaca. Alhamdullillah cuaca hari ini baik, langit berawan dan tidak panas. Sekurang-kurangnya di tempat saya lah. Di tempat anda, bagaimana pun cuacanya, sama-sama kita bersyukur okey.

Baiklah mari kita teruskan dengan pelajaran hari ini iaitu bicara tentang cuaca. Seperti biasa kita lihat dialog ringkas di bawah.

B.Melayu
Bad : Selamat Tahun Baru.
Radin : Selamat Tahun Baru. Apa kau nak?
Bad : Cuaca hari ini baik kan.
Radin : Ya, hari ini memang cerah. Kenapa?
Bad : Aku ada sesuatu untuk kau.
Radin : Ye ke? Hadiah tahun baru ke?
Bad : Ya. Terimalah...

B.Jepun
バッド:明けましておめでとうございます。(Akemashite omedetou gozaimasu)
ラデン:明けましておめでとうございます。何だお前?(Akemashite omedetou gozaimasu. Nanda omae?)
バッド:今日はいい天気ですね。(Kyou wa ii tenki desune)
ラデン:そうだよ。今日は晴れているよ。何で?(Soudayo. Kyou wa hareteiruyo. Nande?)
バッド:あなたに贈り物があります。(Anata ni okurimono ga arimasu)
ラデン:マジで?もしかして新年のプレゼント?(Maji de? Moshikashite shin nen no purezento?)
バッド:そうです。受け取ってください。。(Soudesu. Uketottekudasai...)

Haa, kalau tengok dialog kat atas kenapa macam pelik sikit tu, yang tu ada sebab. Bad dan Radin adalah dua watak di dalam cerpen saya bertajuk "Belasah" yang termuat di dalam antologi cerpen terbaru "Main Gila" terbitan Lejen Press. Dalam cerpen tu diorang berdua ni taklah cakap bahasa jepun tapi perwatakan diorang memang macam tu. Kalau nak tahu hadiah apa yang Bad bawa untuk Radin, silalah dapatkan buku Main Gila yang bergenre psycho-killer ini. Kini berada di pasaran.

Ecewah sempat lagi promo buku. Ok kembali ke topik pelajaran, seperti di dalam b.korea juga, untuk memulakan bicara memang biasanya orang-orang jepun akan cerita pasal cuaca. Pasal hari cerah, pasal hujan, pasal sejuk, pasal panas. Ini kelebihan orang-orang di negara empat musimlah kan.

Tapi bukan nak kata kita tak boleh cerita pasal cuaca. Boleh sangat. Okey lepas ni kalau hari cerah sila gunakan ayat seperti di atas ya. Konfirm cepat je hafal sebab kat sini kebanyakan hari memang cerah saja (walaupun petang hujan).

Baiklah sampai di sini saja untuk kali ini. Kita jumpa lagi di entri seterusnya!

それでは、またね!

Nash Azly



Tuesday, November 27, 2012

B.Korea : Hari ini cuaca baik!

Cicak yang berHujan


Salam semua,

Buah delima gemuk berisi,
  Dibawa budak ke atas titi,
Sudah lama tidak berkongsi, 
  Harap tidak ternanti-nanti.


Ewah berpantun pula saya. Baiklah kita bertemu lagi di dalam ruangan... ok semua orang dah tahu ya. Baiklah pada hari ini saya ingin berkongsi ayat yang selalu dituturkan untuk memulakan perbualan.

Ya, ianya tentang cuaca. Mari lihat dialog ringkas di bawah.

BM

Bad : Selamat pagi.
Radin : Selamat pagi.
Bad : Hari ini cuaca baik.
Radin : Yalah. Minggu ini cuaca memang baik. 
Bad : Harapnya petang ni tak hujan.
Radin :Ya, harapnyalah.

BK

밧드 :안녕하세요. (annyeong haseyo)
라딘 : 안녕하세요. (annyeong haseyo)
밧드 : 오늘은 날씨가 좋아요. (oneul-eun nal-sshi ga joh-a yo)
라딘 : 네.이번주 날씨가 정말 좋아요. (ne. ibon ju nal-sshi ga jeong-mal joh-a yo)
밧드 :오후 비가 내리지 않으면 좋아요. (o-hu bi-ga neriji-ahn-eumyeon joh-a yo)
라딘 :그렇네요. (keu-reon ne yo)

Ok begitulah ceritanya. Kalau kat Malaysia ni kita jarang buka perbualan dengan cuaca, tapi di negara-negara empat musim, ianya perkara biasa untuk memulakan perbualan dengan topik cuaca. Ianya disebabkan cuaca mereka yang agak ekstrim sampai boleh jadi topik perbualan.

Saja je saya timbulkan topik cuaca ni kerana sejak kebelakangan ni asik hujan saja kan petang-petang. Kalau tak kena gayanya tu sampai banjir2 kilat jadinya. Oleh sebab itu mungkin lepas-lepas ini kita pun boleh gunakan cuaca sebagai pembuka bicara di antara kita juga nanti kan.

Baiklah itu saja untuk hari ini. Ringkas saja kan. Jikalau ada apa-apa soalan silalah kongsikan bersama ok.
Sampai jumpa lagi!
다음에 보자! 안녕!

-나쉬
Nash Azly