Yang sama-sama ingin belajar

Thursday, December 30, 2010

Belajar Bahasa Korea dengan lebih cepat!


Imej dari sini.


Salam semua,

Saya berterima kasih di atas kesudian anda semua menjengah ke sini dan bersama2 saya mempelajari Bahasa Korea dan Bahasa Jepun.

Namun begitu saya pasti ada di antara anda merasakan yang pelajaran yang saya kongsikan di sini terlalu asas atau terlalu lambat perjalanannya.

Mungkin ada yang sudah berasa letih ataupun kecewa kerana rasa2nya dah banyak dah belajar, tapi kenapa bila tengok drama korea atau jepun masih tidak dapat tangkap atau tidak faham, apatah lagi untuk bertutur di dalam kedua2 bahasa ini.

Di sini saya meminta maaf kerana pace atau langkah saya memang perlahan. Saya ada sebab2 saya tersendiri.

Namun begitu, saya juga suka jika ada yang bersemangat dan ingin kuasai dengan cepat. Untuk anda yang bersemangat ini, saya rekomen anda untuk melayari satu laman bernama TalkToMeInKorean .

Saya juga belajar di sini. Laman ini ada forum, pelajaran audio beserta nota pdf , video dan macam2 lagi. Memang sangat berguna. Yang bestnya, audio dan nota2 boleh dimuat turun dan semuanya adalah percuma! Cuma ianya dalam bahasa Inggeris, tapi saya rasa tiada masalah kan dengan bahasa Inggeris.

Nanti bila dah pandai, jangan lupa pula untuk bertandang ke sini lagi sekali sekala untuk berkongsi pendapat atau idea atau apa yang telah dipelajari ke ok. Saya tetap akan teruskan pelajaran di sini dan anda sentiasa dialu2kan :)

Yang penting di sini adalah kita sama-sama maju jaya, kan?

Ok jumpa lagi.

안녕!




Saturday, December 25, 2010

B.Korea : Partikel Penunjuk Arah 에(e)


Imej dari sini


Salam semua,


Entri kali ini juga tentang kata penunjuk arah.

Sepatutnya saya satukan je dengan entri sebelum ini, tapi saya mahu lihat respon dahulu.

Baiklah, untuk bahasa Korea, partikel penunjuk arah adalah 에 (e) *dibunyikan sebagai 'ek'.

Di dalam B.Melayu kita boleh bandingkan dengan penunjuk arah 'ke'.

Bunyinya pun serupa dengan yang B.Jepun dan cara penggunaannya pun serupa.

Mari lihat contoh :

Pergi ke mana tu?

어디에 가요? (odi-e kayo?)

Balik ke rumah.

집에 가요. (chip-e kayo)


Beza dengan B. Melayu hanyalah keterbalikan strukturnya sahaja.

Itu sahaja untuk kali ini.

안녕!


Perbendaharaan kata :

ke mana = 어디에 (odi-e)
pergi = 가다 (kada)
balik = 가다 (kada)
rumah = 집 (chip)


Thursday, December 23, 2010

B.J : Partikel Penunjuk Arah へ (he)


Imej dari sini


Salam semua,

Hari ini mari kita belajar pasal partikel へ (he).

Partikel へ ini digunakan untuk menunjukkan arah.

Di dalam Bahasa Melayu bolehlah disamakan dengan penunjuk arah 'ke'.

Juga kerap disebut dengan bunyi 'e' atau 'ek' saja, mungkin kerana nak cepat.

Digunakan bersama-sama kata kerja yang mempunyai arah (pergi, datang, pandang, lompat dsb)

Mari lihat contoh :

Saya pergi ke kedai.

私は店(みせ)へ行きます。(watashi wa mise ek ikimasu)

Dia sudah balik ke kampung.

彼(かれ)はもう田舎(いなか)へ帰りました(かえりました)。
(kare wa mou inaka e kaerimashita)

Tengok ke sini!

こっちへ見て(みて)!(kocchi he mite!)


Senang saja kan.

Ok itu saja untuk hari ini.

またね!

Perbendaharaan kata :

kedai = 店(みせ)
kampung = 田舎(いなか)
lihat/pandang/tengok = 見る(みる)