Yang sama-sama ingin belajar

Sunday, March 13, 2011

B.Jepun : Betul ke?



Salam semua,

Jumaat lepas kita dengar tentang gempa bumi besar melanda Jepun yang menyebabkan bahagian pantai timur laut Jepun iaitu kawasan Sendai di Miyagi dilanda tsunami dan mengorbankan ratusan kalau tidak ribuan nyawa. Alhamdullillah rakan2 saya yang berada di Jepun setakat ini semuanya selamat walaupun di kawasan Tokyo dan Kantou masih berhadapan dengan keadaan bekalan elektrik dan gas yang tidak menentu. Harap2 mereka dapat menempuhi dugaan Tuhan ini dengan cekal dan tabah lagi2 di musim sejuk ini.

Baiklah, kembali pada pembelajaran bahasa. Hari ini saya ingin berkongsi tentang frasa seperti tajuk di atas. Namun begitu, hari ini cara pembelajaran kita lain sedikit. Kali ini mari kita lihat terus penggunaan frasa ini di dalam dialog.

Dialog :

Amat : Semalam ada gempa bumi di Jepun.

Mus : Betul ke? 

Amat : Betul, sampai ada tsunami sekali tau.

Mus: Yeke? Ish, teruk ke?

Amat : Ya, teruk juga dengarnya. Mari kita doakan agar mereka semua selamat.


###

Baiklah, sekarang kita lihat di dalam bahasa Jepun pula.

Amat : 昨日は日本で地震が起きました。(Kinou, nihon de jishin ga okimashita.)

Mus : 本当ですか?(Hontou desu ka?)

Amat : 本当ですよ。津波まで来ましたよ。(Hontou desu yo. Tsunami made kimashitayo.)

Mus : そうですか。酷かったですか?(Soudesuka. Hidokattadesuka?)

Amat :そうですよ、結構酷かったそうです。皆無事でいるように祈ってあげましょう。(Soudesuyo. Kekkou hidokatta sou desu. Minna buji de iru you ni inotteagemashiou.)

###

Ok, buat masa ini kita tak perlu lihat tentang yang lain2, hanya fokus pada frasa 'betul ke?' dan penggunaannya.

Seperti B.Melayu juga, kita gunakan 'betul ke?' bukan bermakna kita tidak percaya, cuma kita ingin kepastian yang sesuatu perkara itu bukanlah gurauan.

Betul / Benar : 本当(ほんとう)Hontou

Perkataan ini sering digunakan seharian di dalam perbualan. Jadi selepas ini anda juga bolehlah gunakannya ya.

Ok, setakat itu saja untuk hari ini. Sampai jumpa lagi.

またね!

perbendaharaan kata :

gempa bumi : 地震(じしん)Jishin
tsunami : 津波(つなみ)tsunami
teruk : 酷い(ひどい)hidoi    *edit thanks to hikari-chan :)
selamat : 無事 (ぶじ)buji

Saturday, March 05, 2011

Latihan B.Jepun



Salam semua,

Setelah kita buat latihan di dalam bahasa korea, di sini saya ingin teruskan dengan bahasa jepun pula.

Sama seperti sebelum ini, saya akan berikan beberapa ayat berbentuk ucapan dan jika mahu bolehlah balas di ruangan komen ya.

1.皆さんおはようございます。

2.私はNadです。お名前は?

3.どうぞよろしくお願いします。


Hint :
1. Ayat pertama adalah ucapan selamat.
2. Ayat kedua adalah pengenalan diri.
3. Ayat ketiga adalah ucapan sewaktu sudah tamat berkenal2an.

Kalau susah sangat beritahulah, saya permudahkan lagi latihan untuk lain kali ya.

Baiklah, selamat berlatih!

頑張ってください!

Jumpa lagi :)

Wednesday, March 02, 2011

Latihan B.Korea


Salam semua,

Maaflah sudah lama tak post. Agak sibuk seminggu yang lepas ini.

Di atas permintaan, hari ini saya ambil masa sedikit untuk tulis entri ini. Ringkas saja. Apa yang akan kita buat hari ini adalah latihan.

Latihan ini akan merangkumi pelajaran2 awal2 dulu. Diharapkan ianya berguna untuk semua ya.

Apa yang perlu anda lakukan adalah membalas ayat2 yang saya akan berikan di bawah. Dengan ini kita boleh belajar membaca, membuat ayat sendiri dan juga berlatih berbual sesama kita. Ok? Jangan risau, kita akan bermula dengan asas dahulu.

Mari kita mulakan.

1.  안녕하세요 여러분.  *hint : ucapan selamat
   
2. 저는Nad입니다.  * memperkenalkan diri

3. 만나서반갑습니다. *ucapan selepas berkenalan

Ok untuk permulaan, 3 ayat saja ya, dan 3 ayat ini seringkali digunakan sewaktu perkenalan. Bagi sesiapa yang ingin mencuba, boleh lah postkan ayat jawapan anda di bahagian komen.

Jika ada apa2 soalan silalah bertanya ya.

Okay selepas ini kita berkenalan di dalam bahasa jepun pula.

Sampai juga lagi, 안녕!