Yang sama-sama ingin belajar

Wednesday, April 24, 2013

B. Jepun : Makanan

チキンカレー(chikin kare)


Salam semua,

Hari ini saya akan berkongsi tentang makanan! Bukan berkongsi makanan ya, tapi berkongsi tentang bagaimana nak cerita pasal makan di dalam bahasa Jepun.

Hm, dah lama tak buat dialog. Oklah, hari ini mari kita tengok dialog di bawah.

B.Melayu
N :  Awak dah makan?
M : Dah.
N : Makan apa?
M : Malam ini saya makan nasi dan kari.
N : Kari apa?
M : Kari ayam.
N : Sedap tak?
M : Mestilah sedap!
N : Awak pandai masak ya.
M : Ya, saya suka memasak.
N : Awak pandai masak makanan yang bagaimana?
M : Saya pandai masak makanan Korea.
N : Wah, hebatnya.
M : Ya.

B. Jepun

N: もう食べましたか?(Mou tabemashitaka?)
M: はい。(Hai)
N: 何を食べましたか?(Nani wo tabemashitaka?)
M: 今夜はご飯とカレーを食べました。(Konya wa gohan to kare wo tabemashita)
N: 何のカレーでしたか?(Nan no kare deshitaka?)
M: チキンカレーでした。(Chikin kare deshita)
N: おいしかったですか?(Oishikattadesuka?)
M: もちろんおいしかったですよ!(Mochiron oishikattadesuyo!)
N: 料理は上手ですね。(Ryouri wa jouzu desune)
M: はい、料理が好きです。(Hai, ryouri ga sukidesu)
N: どんな料理が得意ですか?(Donna ryouri ga tokui desuka?)
M: 韓国料理が得意です。(Kankoku ryouri ga tokui desu)
N: すごいですね!(Sugoi desune!)
M: はい。(Hai)

Haa.. amacam? Sekali keluar panjang berjela. Tapi tak ada drama pun. Dialog biasa-biasa saja.

Ok back to the topic, di dalam dialog di atas ada beberapa jenis pertanyaan yang bolehlah kalau nak dipakai selepas2 ni kan. Dah makan, makan apa semua tu ayat standardlah untuk memulakan perbualan.

Di bawah ni saya tambahkan sedikit lagi kosa kata tentang makanan untuk telahan kita bersama.

Makan : 食べます(tabemasu)
Makanan : 食べ物 (tabemono)
Nasi : ご飯 (gohan) / ライス (rice)
Mi :  麺 (men)
Sup : スープ (su-pu)
Roti : パン (pan)
Ikan : 魚 (sakana)
Daging :  肉 (niku)
Ayam : 鶏 (tori) / チキン (chikin)
Pedas :  辛い (karai)
Manis :  甘い (amai)
Sedap :  美味しい (oishii)
Tak sedap :  まずい (mazui)

Hm, banyak lagi kalau nak bubuh ni, tapi karang bukannya boleh hafal semua ya tak. Biar takat ni sajalah dulu ya. Kalau nak lagi beritahulah, saya tambah lagi.

Dan banyak perkataan-perkataan di atas ni saya tulis di dalam tulisan Kanji. Kalau boleh hafal, hafal lah, tapi kalau susah tak perlu paksa diri dulu. Hafal lah furigana(sebutan)nya saja dulu.

Cerita pasal Kanji, saya baru kongsikan sekali saja ya pasal kanji nih. Hm, oklah saya akan cuba kongsikan lagi cara-cara nak tulis kanji yang lain2 pulak selepas ni. Sediakanlah penadol banyak-banyak ya nanti, heheh..

Baiklah, itu saja untuk kali ini. Hujung minggu ni akan bermulalah Pesta Buku Antarabangsa KL 2013, so saya akan busy sikitlah sepanjang minggu hadapan (uih awal2 dah bagi alasan). Jika ada kesempatan, saya buat satu entri, InsyaAllah. Oh ya untuk sesiapa yang pergi PABKL nanti, bolehlah usya-usya buku2 saya ya nanti. Kalau sudi beli, saya ucapkan terima kasih banyak2 :)

Hai, soredewa minasan, mata aimashou!
はい、それでは皆さん、また会いましょう!

Nash Azly