As-salam semua,
Bertemu lagi setelah sebulan hiatus dek pelbagai perkara. Hia-what? Abaikan saja ya.
Ok untuk hari ini saya cuma nak kongsikan perkataan. Ya, kalau tau tatabahasa bertimbun pun tapi kalau tak tahu perbendaharaan kata pun, tak guna juga sebab tak boleh pakai. Oleh itu, hari ini kita tengok perbendaharaan kata pula ya.
Perkataan hari ini mudah. Asas kepada yang asas. Bahasa. Saya tak ingat saya dah kongsikan ke belum, tapi saya nak kongsikan jugak. Yang dah tahu, bolehlah anggap ianya ulangkaji ya.
B.Melayu : Bahasa
B.Korea : 언어 [eon-eo]
B.Jepun : 言語 [gen-go]
Okay yang kat atas ni dalam konteks berdiri sendiri lah. Yang ingin saya tekankan adalah sukukata kedua iaitu 어[eo] dan 語[go].
Kenapa yang ini penting? Kerana ia bermaksud bahasa, namun penggunaannya tidak sendiri, tapi dipadankan dengan perkataan lain.
Tak faham? Ya saya memang tak berapa pandai jelaskan. Oleh itu mari lihat jadual di bawah.
Sila klik rajah untuk besarkan
Dah boleh faham kan? Tak perlulah kita fikirkan kenapa dia duduk belakang begitu dan sebagainya, memadailah sekadar kita tahu perkataan 'bahasa sekian-sekian' di dalam bahasa itu sendiri.
Okey lepas ni kalau dengar nama negara lepas tu ada 어 atau 語 kat belakang dia, haa ada kemungkinan besar perkataan tu bermaksud 'bahasa negara' yang disebut itu.
Sebelum menutup tirai, mari tengok satu contoh ayat.
B.Melayu
Saya sedang belajar bahasa korea dan bahasa jepun.
B.Korea
저는 한국어 와 일본어 를 공부 하고 있습니다.
cho neun hanguk-eo wa ilbon-eo leul kungbu hago iss-seumnida.
B.Jepun
私は 韓国語 と 日本語 を 勉強 しています。
watashi-wa kankoku-go to nihon-go wo bengkyou shiteimasu. Boleh kan.. Baiklah, dengan ikrar di atas ini, marilah kita belajar dengan lebih tekun lagi ya.
Terima kasih semua dan jumpa lagi. Wassalam.
안녕!
またね!
Bye!